Sempena Aidilfitri ini Jahid
ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya. Tahun ini, Al-Hamdulillah,
sempat juga merasa puasa kat kampung setelah UTM beri cuti raya selama 2 minggu.
Pengalaman naik keretapi balik kampung best juga sebab ramai kawan. Cuma yang tak best
nye, susah nak tidur aje atas keretapi (Al-maklum lah, kelas "economoney"). Cuti
raya bermula dari 9 hb. hingga 24 hb. Januari 1999. Cuti raya lelama memang best
tapi, exam lepas raya tu yang tak best. Tambahan pula kena prepare presentation demo
programming pulak lepas raya nih. Programming tak sesiap lagi... Alamatnye, tak bleh la
nak modify homepage kasi lebih cantik. Buat pun tang mana yang sempat aje. Kad raya
member-member pun tak sempat nak balas lagi. Beli nye udah, nak menulis nye 'berat' sikit.
So, tahun ni balas setakat mane yang sempat aje, yang tak sempat nak balas tu, mintak maaf
la bebanyak, bukan tak ingat, tapi... siiibukkkk sikit.... pepaham je la kan kan kan......
IRC pun jarang masuk dah sekarang ni..... OK lah ni dia ucapan khas hari raya...
Terlebih dahulu ucapan khas Selamat Hari Raya di tujukan khas buat
Ayahanda dan Bonda di kampung semoga di panjangkan umur serta sihat wal-afiat selalu.
Anakanda memohon maaf atas segala kesalahan yang telah anakanda lakukan sepanjang hayat
anakanda. Doakanlah kejayaan anakanda di dunia dan akhirat.
Buat kekanda Azman dan Kekanda Salina serta keluarga di Kuantan yang
sudah lama tidak bertemu. Insya-Allah moga dapat beraya bersama di kampung.
Buat kekanda Normala serta kekanda Albukhari serta keluarga di
Setiawangsa, KL yang juga sudah lama tidak bertemu. Kepulangan di nantikan.
Buat kekanda Akman serta kekanda Zurita serta keluarga di Jalan Raja
Dewa, KB.
Buat saudara mara yang lain samada jauh atau dekat, samada yang selalu
masuk internet atau tak pernah, di S'pore, KL, Kota Bharu dan di mana jua berada. Ayah Mad
sekeluarga di S'pore, Abang Ki sekeluarga, Abang Aji sekeluarga, Salek, Amrun,
Marwizi, Wardah, Aslam, dan yang lain lagi.
Buat sahabat-sahabat lain yang mengenali diri ini tak kira di mana jua
anda berada.
Geng-geng Unitek.
Semua ex-housemate Subang Perdana Court 9, Hasdee, Nazri, Farhan, Razman,
Black, Rizal, Apit, Nazarudin, KA, semua geng-geng sekelas ADP, Muwardi, Pejal, Nije, Mek
Nor, dan lain-lain.......(tak larat dah nak bagitau kesemua nya.... )
Geng-geng UTM.
Semua ahli Blok G17 Kolej Rahman Putra, Adura, Alai, Romie, Wan, 'Adik',
Jasni, 'Ismeth', Yusri, Rizal, Azmani, Arman, Shareen, Azalan, serta khas buat Roomate ,
Shahrul Nizam.
Ahli jawatankuasa Surau Ar-Rahman, Yuzaimi, Shukairi, Bahrudin, Zool serta
AJK-AJK, Yusri, Rosli serta AJK-AJK, Hafiz Harun dan AJK-AJK, dan
individu lain yang menyokong aktiviti Surau Ar-Rahman, Syahrul Nizam, Syahbudin,
Junaidi, K.E., Apai serta semua Ahli Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Rahman Putra, dan
lain-lain. Dengan ucapan maaf andainya ada terkasar bahasa selama saya menjalankan tugas.
"Let we grow-up together..." Always keep the best in our job.
Semua geng-geng sekelas kursus Sains Komputer yang mengenali diri, 'brader
Rosli', Azni, Syed, Rosli, Haizam, 'Sawit', Din(Gganu), dan lain lain...
Geng-geng IRC.
'Nasty', 'JImy', Kawenih, Strifex, Are-U, 'Emai', 'Vamparina', Ilayana,
Chempaka, Azma, dan semua chattez di #kelate, #havoc, #surau, #chowkit, #carnival, #klcc,
#utm ..........(Ramai sangat... tak larat nak tulis kesemuanya.....)
Member kamceng yang lain seperti Henny, Azila, Ayin, Nurul, Kak
Em,Farul, Shahril(slu-bear), Hasren, Azmi, Firdaus, Zaki, Reezam, Hamidi dan lain lain
lagi.....
Pada yang tak tersebut
namanya, jangan la berkecil hati, bukanlah maksudnya saya lupa kat anda semua, tapi kalau
nak list down semua member-member saya, memang tak terlarat laa...... So memadai la yang
mana yang sempat saya masukkan, saya masukkan......OK.....Selalu-selalulah e-mail saya....
Buat semua, salam penuh
kemaafan andainya kalau ada salah dan silap selama ini semoga kita di panjangkan umur dan
di murahkan rezeki serta mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.